CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �

21 August 2009

Ramadan menjelma lagi! :)

Salam shbt2 sumer....
Post kali ni, aku petik dari satu website... Hrp2, korg dpt amati n renungi pe pngajaran di dlmnya k...

Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

18 August 2009

Penyampaian Sijil & Anugerah Dekan

Asslamualaikum shbt2 pengikut sekalian....

Sori da lme x update blog ni... Masalah internet kat bilik r... Huhuhu.. Arini baru dpt... So, sementara internet ni bernyawa aku amik kesempatan utk tulis pape yg ptut yg aku rasakn prlu... :)..

Ok la, aku nk kongsikn sikit ttg tagline atas nih... Mlm ni 17/8/2009 merupakan satu sejarah yg bkl aku simpan dlm kenangan idup aku... Nape??? Sbb mlm ni, mlm di mana KST, UTMKL menghargai student2 yg dpt 1st class mse dip dlu.. So, terdapat sikit bibit2 rasa dihargai n inilah hasil sepanjg 3 tahun aku bersusah2 di UTMKL... Aku terigt kata2 ni, tp x sure dr mne aku dgr "kesusahan di awlnya adalah pemula kpd kejayaan seseorg"... Hihihi...

Papepn, aku bersyukur pd Allah, sbb dgn izin & rahmat-Nya aku dpt gunakan nikmat yg dipinjamkn sementara ini dan diharapkn dpt diteruskn ke arah yg lebih baik... InsyaAllah..

Sinopsis mlm ni... (Jap ea, nk igt smle).. Hik3...

Ha, 1st Dekan berucap.... Siap menyanyi lagi... (Bkn sng nk dgr Dekan KST nyanyi)... Merdu tul.. Student mlm ni mencecah 382 org... Cbe korg sume bygkn, cmner Dekan nk kalungkan medal pd sume org??? Hahaha... Aku tgk, Dekan da bnyk kali angkat kaki tanda lenguh... Hihihi.. Comel jek... :)..

Pas 2, bermula nama kami disebut satu persatu sehingga nama aku dipanggil... "Muhamad Amir Afiq Bin Lokman"... So, kuarlah aku... :)

Ha, ni r medal yg kami sumer dpt...
Siap de tulis nme ktorg lg kat blkg medal 2... (Jgn jeles ek?? Hahaha..)

Ni gmbr2 len mse dinner mlm ni :

Kononnya, medal ni cam emas real r... Hik3...

Mukaku yg dikandid... Sah, x lawo... Huk3...

Ha, yg ni dekan kami : Dato' Prof Ir. Azhari B. Md Salleh...
'Otai' KST.. Hik3... :D

Sp plak mamat 3 org ni?? Plik tul pakaiannya....

Dari knn :
Sepupu 1, sepupu 2 (kembar)
Abah, abg long, abg ngah, Ucu... Hahaha..

Ni pose 'termaut' aku kot?? Hehehe...

Ni r kembar aku mse dinner mlm nih... Smart x?? Hahaha...

01 August 2009

SeLaMaT HaRi LaHiR & uLaNgTaHuN PeRkaHwiNaN... :D


Alhamdulillah
Sekali lg kt bertemu dlm post yg terbaru... Kali ni aku nk abadikan salah satu tarikh terpenting dlm famili aku... Nk tau pe dia?? Tgk tjuk pn korg da tau kn... Hehehe.. :P
Hari ini, 1 Ogos 2009 merupakan tarikh lahir mak aku, Hjh. Sarimah Bt. Hj. Harun merangkap ulangtahun perkahwinan beliau n ayahandaku yg ke-22..
Aku pn xtau sbb pe tarikh ni yg mereka pilih.. Sng nk igt agknya.. (sweet jgak ayah aku ni, hehehe..) Aku pn nk ikut jejak langkah mereka r... :)
Jd, dikesempatan ini aku berharap dan berdoa yg hubungan ini akan terus berkekalan sehingga maut adalah penamatnya...
Aku amat beruntung krn mnjadi anak mereka..
Disebabkan didikan mereka, aku knl dunia ni..
So, thx a lot to u guys..
"Bnyk ayah n mak ajar sy sepanjang 21 tahun sy idup,
semoga selamat semuanya"...