CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

23 August 2009

Sekadar makluman (",)

Assalamualaikum & salam sejahtera kpd anda sumer... :)

Sempena Ramadhan yg mulia ni, aku berhajat utk selitkn sedikit peringatan2 a.k.a tazkirah yg memungkinkan diri kt akn tersedar kembali dr kelalaian & kealpaan dunia yg telah/bakal/sedang kt lakukan..

Hrp korg sumer dpt membacanya dgn ikhlas tanpa rase terpaksa & aku harap ianya mampu mengetuk jiwa kt yg senantiasa memerlukan didikan rohani yg seimbang dgn aktiviti jasmani yg dilakukan...

"Berubahlah melalui hati & diri sendiri, bkn kerana org lain tp hanya kerana Allah"

22 August 2009

My 1st convo... Exciting.. :)

Assalamualaikum shbt2 sekalian & salam sejahtera sumer... (^_____^)

Npe aku tersenyum lebih ni??? Hik3... Jwpnnya, of coz berkaitan dgn tajuk kat atas tuh... Sumernya berkenaan konvo...

Tanggal 19 Ogos 2009, maka termeterailah satu upacara yg amat bermakna dlm idup aku.. (Pergh, ayt)... Di mana pada tarikh ni, aku m'hadiri konvokesyen pertama slps 3 tahun aku blaja kat UTMKL... Skrg ni, aku da memegang segulung diploma n bakal mengenggam segulung ijazah lak.. (InsyaAllah..)

Wat mse ni, aku leh tulis pendek jek cz gmbr yg ditangkap oleh fotographer a.k.a adik aku sendiri msih x nmpk lg... Pg 2, aku kne dftar utk dptkn kad ni.. X de kad ni, leh nangis ooo.. Hik3...


Pas aku dftar, aku kne beratur utk perarakan masuk graduan... Bangga?? Tipu kalo aku kata x rse bangga.. Berjln dpn org ramai sampai msuk ke dwn.. Tp x leh bla, kne pakai mask utk elak H1N1... Aduyai, rosak gmbr konvo aku.. Hahaha..

Bl da msuk, tggu perarakan Pro-Cancelor lak.. Lme, tp srnk.. 1st time konvo la katakan.. Kemuadian bermula r penerimaan Diploma... Chuak jgak cz de prosedur yg kne ikut... Kne jln ikut dot... Pas 2, kne tunduk skit n kne ucap "terima kasih Dato'".. So, ni gmbr yg aku leh display setakat ni... Tp papepn, de kenangan manis dlm kenangan manis konvo 2... Jeng2.. Hihihi... Biar aku sorg je tau... X yh nk kongsi2.. :P

Da mcm hakim mahkamah plak... Hihihi...
X kisah r, yg pnting adalah butang baju melayu 2...
Thx pd si pemberinya... :)

Ni r jubah konvo bg graduan diploma, x lawa kn?? Hik3...
Diskriminasi.... Huh!!!...

Gmbr secara spontaneous... Smart jgak!! :)

Sebahagian Graduan Diploma Penilaian
Sesi 2009, UTMKL


Ha, ni r yg ditunggu2 oleh graduan diploma...
'Casing' utk letak transkrip...

Ni la diploma yg aku ade...
Simple jek, tp menjamin kerja pd mse dpn..


Ni, translation dlm English...

So, utk korg2 yg masih blaja teruskn usaha k.. Cz
"Allah x kn ubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri"..

SlMt BeLaJar!!! :)

Ledang ; pengembaraan yg menyeronokkn... :)


Assalamualaikum & salam sejahtera shbt2 pembaca sekalian...

Anda sumer sht?? Hrp2nya cm 2 r... Hihihi.. Semoga ceria berada disamping yg tersyg... (Family, adik beradik n sp2 je r).. :D

Spt yg slalu aku wat, aku akn update blog ni bl de citer terbaru yg aku rse menarik utk dikongsi dgn korg sumer... Slh satunya, 'a trip 2 ledang'... Hehe.. Alkisahnya bermula camni :

Pada 7, 8, & 9 Ogos bru2 ni, Fakulti aku a.k.a Fakulti Kejuruteraan Sains & Geoinformasi (FKSG) membuat satu trip ke Gunung Ledang atas tiket utk adakan Kursus Kepimpinan Jati Diri utk kursus aku, Pengurusan Harta Tanah...

Tp sblm smpi ke sne, mcm2 hal n alasan yg dibuat utk elakkn diri dr pegi sne... Nk amik jubah konvo r, de klas BI n Law r, de hal sne n de hal sni... Tp sumer x gne cz Mejar a.k.a Penasihat Akademik (P.A) membuat satu surat utk sumer alasn di atas... Huhuhu... So, the result is : We must go to that camp... :(

Ni r Mejar aka P.A kami... Tegas tp sempoi.. Hik3..
Pas 2, ske knekn aku... Aduyai.. Hehe..

Mle2, mcm2 perasaan ade.. Takut, chuak n mcm2 lg r cz yg handle kem ni bks askar iaitu Lt Kl (B) Daud a.k.a Pak Daud.. (Pngkat besar beb..) Tp stlh smpi n diberi penerangan ttg aktivitinya, kami sumer teruja.. Mcm2 ade, flying fox, high rope, night walk, jungle tracking n mandi di kolam puteri.. Best sgt...

Ni lak Pak Daud.. Sori r, gmbr blurr..
Bkn dr kamera aku, kamera AJK.. Hahaha...

Bnyk benda yg aku x tau n aku tau pas g kem ni.. De satu bnda yg aku nk kongsikn dgn korg ttg tubuh bdn kt ni... Korg akn ckp, "dr tanah r"... Mksud aku dr tanah mne or tempat mne tanah 2 di ambil... Jd, ni antara pic kat sne... Enjoy it!!!

Saat 'permandian n pertapaan di kolam puteri... :)

Geng2 gagah perkasa... Hehehe..
Msing2 mke x leh bla...

Fokus maksimus... Hihihi...

Betapa cerianya mke ktorg... Kn?? :)

Sblm flying fox, ank omputih mne lak ni??... Hik3..

Mke ceria kami lg.... :D

21 August 2009

Ramadan menjelma lagi! :)

Salam shbt2 sumer....
Post kali ni, aku petik dari satu website... Hrp2, korg dpt amati n renungi pe pngajaran di dlmnya k...

Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

18 August 2009

Penyampaian Sijil & Anugerah Dekan

Asslamualaikum shbt2 pengikut sekalian....

Sori da lme x update blog ni... Masalah internet kat bilik r... Huhuhu.. Arini baru dpt... So, sementara internet ni bernyawa aku amik kesempatan utk tulis pape yg ptut yg aku rasakn prlu... :)..

Ok la, aku nk kongsikn sikit ttg tagline atas nih... Mlm ni 17/8/2009 merupakan satu sejarah yg bkl aku simpan dlm kenangan idup aku... Nape??? Sbb mlm ni, mlm di mana KST, UTMKL menghargai student2 yg dpt 1st class mse dip dlu.. So, terdapat sikit bibit2 rasa dihargai n inilah hasil sepanjg 3 tahun aku bersusah2 di UTMKL... Aku terigt kata2 ni, tp x sure dr mne aku dgr "kesusahan di awlnya adalah pemula kpd kejayaan seseorg"... Hihihi...

Papepn, aku bersyukur pd Allah, sbb dgn izin & rahmat-Nya aku dpt gunakan nikmat yg dipinjamkn sementara ini dan diharapkn dpt diteruskn ke arah yg lebih baik... InsyaAllah..

Sinopsis mlm ni... (Jap ea, nk igt smle).. Hik3...

Ha, 1st Dekan berucap.... Siap menyanyi lagi... (Bkn sng nk dgr Dekan KST nyanyi)... Merdu tul.. Student mlm ni mencecah 382 org... Cbe korg sume bygkn, cmner Dekan nk kalungkan medal pd sume org??? Hahaha... Aku tgk, Dekan da bnyk kali angkat kaki tanda lenguh... Hihihi.. Comel jek... :)..

Pas 2, bermula nama kami disebut satu persatu sehingga nama aku dipanggil... "Muhamad Amir Afiq Bin Lokman"... So, kuarlah aku... :)

Ha, ni r medal yg kami sumer dpt...
Siap de tulis nme ktorg lg kat blkg medal 2... (Jgn jeles ek?? Hahaha..)

Ni gmbr2 len mse dinner mlm ni :

Kononnya, medal ni cam emas real r... Hik3...

Mukaku yg dikandid... Sah, x lawo... Huk3...

Ha, yg ni dekan kami : Dato' Prof Ir. Azhari B. Md Salleh...
'Otai' KST.. Hik3... :D

Sp plak mamat 3 org ni?? Plik tul pakaiannya....

Dari knn :
Sepupu 1, sepupu 2 (kembar)
Abah, abg long, abg ngah, Ucu... Hahaha..

Ni pose 'termaut' aku kot?? Hehehe...

Ni r kembar aku mse dinner mlm nih... Smart x?? Hahaha...

01 August 2009

SeLaMaT HaRi LaHiR & uLaNgTaHuN PeRkaHwiNaN... :D


Alhamdulillah
Sekali lg kt bertemu dlm post yg terbaru... Kali ni aku nk abadikan salah satu tarikh terpenting dlm famili aku... Nk tau pe dia?? Tgk tjuk pn korg da tau kn... Hehehe.. :P
Hari ini, 1 Ogos 2009 merupakan tarikh lahir mak aku, Hjh. Sarimah Bt. Hj. Harun merangkap ulangtahun perkahwinan beliau n ayahandaku yg ke-22..
Aku pn xtau sbb pe tarikh ni yg mereka pilih.. Sng nk igt agknya.. (sweet jgak ayah aku ni, hehehe..) Aku pn nk ikut jejak langkah mereka r... :)
Jd, dikesempatan ini aku berharap dan berdoa yg hubungan ini akan terus berkekalan sehingga maut adalah penamatnya...
Aku amat beruntung krn mnjadi anak mereka..
Disebabkan didikan mereka, aku knl dunia ni..
So, thx a lot to u guys..
"Bnyk ayah n mak ajar sy sepanjang 21 tahun sy idup,
semoga selamat semuanya"...