CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

29 May 2009

Rindu Allah vs Rindu manusia; mne patut didahulukan???

Assalamualaikum n slmt sejahtera wat shbt2 sumer... :D

Jgn terkejut dgn post ni... Hihihi.. Aku sekadar nk beri pendapat yg x brape bernas ni... :)..

Sblm aku kupas tajuk ni, aku nk bwk korg berfikir sejenak ttg R.I.N.D.U 2 sendiri... Pe yg aku fhm :

"Rindu = Perasaan yg wujud antara sorg individu dgn individu yg len dan perasaan itu terhasil dgn atau melalui hubungan yg sedia ada diantara mereka"...

Ramai mmbr aku yg kasi tau aku, "Afiq, aku rindu r kat fulan/fulanah bin/binti si fulan".. Aku tny dorg smle nape?? Dorg jwb, "Ntah r, mybe ktorg jauh kot.. Aku kat sini n dia kat sne..".. Aku tny smle, "Cmner yg ko tau ko rindu org 2???"... "Aku ssh nk tido, x bermaya bl wat keje n slalu terigt2kn dia", jwb mmbr aku 2...

Aku mle terfikir dgn jwpn 2.. Rindukn manusia smpi x leh tido?? Wat sume keje tp x bermaya?? Slalu t'igt2kn manusia??..

Korg x rse plik ke??? Rindu pd manusia melebihi rindu pd Pencipta manusia (Allah)... Bg aku mmg plik... Utk rasionalkn smle persoalan aku, cbe teliti cth yg aku bg ek...

1) Kalo kt tertinggal amalam yg wajib/fardhu, kt ssh ht x??? Jwpnnya...... (sendiri jwp)
2) Bl smyg yg sunat kt lmbt wat, kt bermaya @ x?? (sendir jwp lg)
3) Kt slalu igt Pencipta manusia (Allah) x?? Aku yakin n percaya kt akn igt Allah mse ssh...
Bl ssh n sakit je.... "Allah..Allah..Allah"...



Jd aku ske satu calitan madah, "Jika cinta/rindu 2 kt tumpukan 100% pd manusia, cmfrm x kekal lme.. Tp kalo cinta/rindu itu kt rafakkan pd Pencipta manusia (Allah), insyaAllah syurga"..

Fkir2kn ea wahai shbt2 sekalian... :D..

28 May 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim

  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.



  17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Lelaki; anda hensem tp .......

Salam n slmt sejahtera shbt2 sekalian...

Orait, post kali ni aku nk tegur skit insan2 yg bergelar lelaki cm aku ni ha.... Post sebelum ni aku utarakn perihal bertudung utk kaum hawa.. Jd aku perlu berlaku adil... Jd kt perlu redha dgn pe yg bkl korg bce pas ni... :)..

Seluar pendek??? Yg ni mslh yg aku nmpk pd bdk lelaki cm aku... Ke hulu ke hilir, g mne2 je pakai seluar pendek.. Bngga dgn bulu kaki ke??? Org len de jgak r wei... Huahua.. :D



Semak ple otak aku tgk dak2 llki pkai seluar pendek ni.. Da r x tutp aurat, x tutup zip pn ade.... Aduy... Tlg r shbt2, aurat lelaki adalah antara pusat ke lutut.. So, tutp r.. X reti2 ke?? Da berseluar pendek 2 da satu dosa, ni plak pakai aksesori cm gelang, rantai n subang... Hekeleh, nk tunjuk 'rock' pn bertempat r.... Membazir duit tau x?? Hukum lelaki menyerupai wanita & sebaliknya 2 haram.. Bl da haram hukumnya, sah2 r berdosa bsr... Lg mau tny??? Hehehe..

Pakai r sopan2, x luak pn kehenseman n kejantanan korg 2 kalo pakai menutup aurat... Bg yg bertindik, bersubang n pakai rantai.. Korg nk jd anjing ke?? At least malu r kat mak bapak korg... Bg mak bapak yg da xde, comfirm terseksa dorg dlm kubur... Huhuhu...


Lg 1, kaum Adam ni pntang nmpk pompuan je "pheewiit"... Mmg len zaman skrg n zmn Rasulullah S.A.W... Zmn Rasulullah, bl nmpk je pompuan trus istighfar.. Tp zmn ni, Nmpk pompuan jek "Hai awk, leh knl?? Mnx no fon bleh??"... Bl si pompuan x lyn, mle r ckp "oit, igt lawa ker???"..

Tlg berubah wahai shbtku... Aku x mnx lebih2.. Aku nk umat Islam dihormati.. 2 je... So, tlg smpikn pd yg len2 k... Please, aku mnx tlg sgt... :)...

Fesyen bertudung... Aku hairan????

Salam n slmt sejahtera shbt2 sekalian...

Plik kn post aku kali ni...?? Tbe2 ckp pasl tudung lak... Hihihi..

Aku pilih tajuk ni sbg rasa tanggungjwb aku sbg umat manusia sbnrnya... Jgn risau kaum hawa, aku x berat sblh... Aku akn jd seadil mungkin dgn kritikan aku ni.. :).

Prnh x kt tegur shbt2, jiran2 hatta mak kt sendiri mengenai pemakaian tudung???.. Mybe de sstgh pihak akan kate, "Biar r, ko peduli pe???", "Eh, mak bapak aku pn x heran aku wat cmni"...

Sbb mak bapak korg x heran r aku rase terpanggil nk tgur skit... Aku harap, dgn sikit ilmu yg aku de mmpu utk lepaskn skit beban aku mse hisab di akhirat nti...

Beklah, korg perasan x fenomena tudung da melanda negara kt?? Mse Wardina mle2 pakai tudung, maka terkenal la fesyen tudung Wardina, kemudian seniwati Sarimah dan skrg ni, fesyen tudung ekin...



Pe yg aku tau spnjg aku blaja agama ni, xde fesyen2 dlm bertudung ni... Yg ade hanyalah tuntutan atau arahan Allah supaya menutup aurat, x kira la lelaki mahupun perempuan... Perintah tersebut sahih dan nyata... Tp?? Manusia cbe utk nafikan n mendiamkn diri apabila topik ini diketengahkan...

Skrg da ramai ank2 remaja yg ske pakai/mengenak tudung, Alhamdulillah... Tp bnyk mane remaja2 yg pakai tudung mengikut syariat??? Bl pakai tudung, msti menutupi dada/melabuhkannya, tidak memakai tudung yg nipis sehingga boleh menampakkn leher kaum hawa n yg paling penting, pemakaian tudung perlu seiiring dengan tatacara pemakaian..

Bl pakai tudung, pakai la cantik2 skit... Cantik 2 bermaksud, tidak memakai pakaian yg ketat sehingga mendedahkan tubuh bdn yg mampu menggugat keimanan mne2 lelaki yg memandang... Aku rse kebnyakan kes sumbang mahram, rogol dan sbgnya dipengaruhi oleh cara pemakaian...

Da molek/elok pakai tudung, x pakai lak ank tudung.. Ish3... Nmpk je ank rambut yg x dilindungi 2... Kalo kaum hawa yg pakai cm 2 je berdosa x pe, tp golongan yg memandang pn turut sekali... Nti de je kaum Hawa yg b'ckp, "Sp suruh pndang???".. Mslhnya, bkn nk memandang tp anda sendiri yg 'tawarkn'...

Ini menunjukkan amalan pesan-memesan amat penting di kalangan umat Islam

Sbb 2 di Pakistan, kesemua lelaki & perempuan mereka memakai pakaian yg longgar2.. Jd tolong r shbt2 sekalian, tegur lah kwn2 @ shbt2 perempuan yg len mengenai topik ini.. Jgn asyik tegur dlm ati jek, kalo cm 2 smpi bl2 kt jd lemah... Huhuhu... Please kwn2 n shbt2, aku rse da bnyk dosa yg aku buat.. So, berubahlah ke arah kebaikan dgn rela...

My comfortable home.... :)



Salam n slmt sejahtera kwn2....

Orait, skrg kt beralih kpd rumah aku a.k.a rumah parents aku r.... Aduyai... (Bnyk plak duit aku nk beli umah, hahaha!!!)..

Aku pn x tau nk describe umah aku ni cmner... De org ckp, mcm duk dlm utan, stgh2 mmbr aku ckp srnk duk umah cmni cz ala2 kmpung...

Tp bg aku, aku ske duk kat sni... Selesa n dpt tenangkan diri.. N port yg paling best kat rmh aku ni adalah kolam kat tepi rumah.. Hihihi...

Bl de probs je, aku lepak kat situ... Best tp bnyk nyamuk r... Hahaha... Tp utk pengetahuan korg sumer, rumah aku ni prnh terbakar... 3 hari sblm Hari Raya Qurban, kiranya rumah ni da dibina semula.. Mse terbakar lak, aku xde kat umah.. Aku g klas tambahan n yg ade cume mak n adik aku... Aku balik jek, umah da tinggal separuh...

Aku still bersyukur, sumer famili aku slmt.. Brg2 n rumah leh cari bl2 mse....

N bg spe2 yg nk dtg umah aku or nk anta kad raye, kad kawin dsb, amatlah dialu2kn... Nah, amik alamat aku ni k... :)

No. 128, Kg. Jerantut Feri,
27150 Jerantut,
Pahang Darul Makmur...

(Attn : Muhamad Amir Afiq)...

22 May 2009

Da abis!!!... Merdeka (3X)

Assalamualaikum n salam sejahtera.... :)

Sori wat korg tertunggu... Hihihi... Post aku kali ni berkisar ttg aku da abs praktikal... Best praktikal kat JAZ International.. Nti kalo follower aku yg nk LI kat sni, mmg aku galakkan.. Bnyk pengalaman n pengajaran yg korg akn dpt...

C.O.M.F.I.R.M!!... Hehehe... :P

N utk tarikh ni jgak, aku de pngalamn ngeri yg menimpa diri aku.... Nti aku citerkn k... :D..

Ni pic aku for the last day kat firm :



Ha, psl pengalaman yg mengerikan 2.... Mlm aku abis praktikal 2, aku terlibat dgn excident... Tgk gmbr ni dlu k :

Ha, amacam?? Encem x mke aku?? Mmg sempoi kn?? Mke bengkak, bibir pecah n lum cmpur dgn luka kat tgn n kaki lg.. Huhuhu...

Mmbr aku ckp, truk jgak mse aku jtuh 2.. Aku x igt pape cz aku pngsan.. Merasa r duk kat wad HUKM 2... 'Srnk' jgak especially mse dia cuci luka aku n potong kulit aku yg tersiat 2.. Pergh, mnggigit jari jap... Hehehe...

Nsht aku utk korg?? Check dlu keadaan moto sblm kuar especially mlm... Kalo x, dpt r parut kekal cm aku ni... Hihihi.. Lawa kn??? :)

13 May 2009

Jari-jemari manusia; rahsia 'mereka' :)

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Shbt2 sumer, renungkan ea???




Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian mengingati Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindungi daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf. Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya. Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain. Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar untuk menarik perhatian manusia.




Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

12 May 2009

Da nk abis!!!!! Yeeeeha.......... :D

Assalamualaikum shbt2 sumer..... :)

Eh, pe yg da nk abis ek???? Hihihi.... Pe lg, tempoh aku praktikal r.. Owh, korg x tau lg yg aku tgh praktikal ea??? Sori2, aku lpe nk citer pas stop last post smlm... Hahahaha... :P

Ok kt mle dgn sejarah aku msuk UTMKL ek??? Ok r 2.... Hehehe..

Mule2 aku dpt surat twrn kemasukan ke U, aku hepi... Mne x nya, dpt msuk UTM.. Bangga jap aku cz dpt msuk masuk U yg jauh dr umah aku...

Tbe2 bl aku tgk lg detail, alamak kat KL jek.. Down jap mood aku, huhuhuhu~~~~~. Tp papepn, aku bangga cz aku ank pertama dlm famili aku yg msuk U.. Aku amik Dip. Pengurusan Hartanah. Aku pilih cz aku minat ekonomi.. (Tp blaja ekonomi sem 1 jek...).. Aku lg hangin mse org len tny,

"Afiq, dpt msuk mne??"..
"Msuk UTM", aku jwb..
"Owh, kat Johor ea???", org 2 tny smle...
"X r, UTMKL je"...
"Oooo, UiTM"...

Aku mmg bengang... Huhuhu. Last2 aku da lali dgn persoalan 2... Hehehe...

Aku lalui sem 1, sem 2, sem 3, sem 4 n sem 5 dgn blaja dlm kelas... (Borink siot, dgn assigmnt nk kne wat, kuiz n exam nk kne jwb n tutorial yg nk kne hntar...).. Papepn, tq kat Pn. Zaharah, Pn. Fauziah, Pn. Che Noni n Ustazah Hafizah yg bnyk tlg aku mse kat UTMKL ni... "Jasa kalian sumer mmg amat2 sy hargai"...

Bnyk kenangan manis, masin, pahit, masam n yg paling best aku knl sesorg kat cni... :)
( X yh tau r, nyibuk je korg ni.... Hehehe...)

Smpi sem 6, kami sumer kne pilih firm utk wat praktikal. So, aku pilih firm kat KL.. Sje nk wat keje dlm skop yg lebih luas.. Aku pilih r J.A.Z International (M) Sdn. Bhd, Ampang Park..
Kat ofis ni, mmg best... Dr bos smpi ke staf2, sumer sempoi.. Hehehe.. :).. Aku bngga dgn firm ni n rse srnk dgn environment ofis ni.. Da cm famili, aku rse.. :D..

Skrg, tempoh pratikal selama 5 bulan hampir tamat... X sabo rsenya nk balik umah, nk mkn sedap2, nk 'cover' smle tido yg aku ilang selama ni, nk epi2 n mcm2 lg r... Hahaha... (La, ni jek yg aku nk wat??? Abis, parents aku cmner lak??-- Ala, cmfrm r dorg aku kne utamakn.. Lalala~~~)

Ni, antara pic sku mse kat UTM... Nti aku upload k... :)

See ya in the next post..

11 May 2009

My life..??? So, wonderfull... (^_^)

Asslamualaikum kwn2 n shbt2 sekalian.... :)

Eh, asl arini aku tbe2 excited ek??? Satu hari da bnyk post yg aku wat utk tatapan korg....

"Penting sgt ke"???? (tny aku)....
"Cmfrm r penting!!!!" (aku jwb smle).... Hahahaha... :D

Bkn pe, aku nk korg rse cm pe yg aku rse... Hepi sokmo, x slh kn??? Hikhikhik... :P

Orait, kt mle mse aku kcik2 k.... (Sori r, gmbr mse aku kcik x de.. Tp aku akn usahakan)..

Mse aku kcik dlu, aku ni kuat jeles.. Mak aku yg ckp r.. Aku tau plak yg aku ni kuat jeles... Hahaha... Tahap kejelesan aku mmbuak2 bl hadirnya adik aku a.k.a hafifi dlm idup famili aku.. Mse 2 aku mmg bengang abis.. Mne x nya, dlu aku jd tumpuan.. Tup2, adik aku lak yg femes... Mne aci... Hihihi... Pas 2, bab permainan.. Ha, yg ni mmg pntang aku kalo mainan kene kongsi... :). Mak ckp, aku prnh majuk psl mainan... Sengal n lawak bila aku fkir smle... Hehehe...

Pas aku da trime n sesuaikan diri dgn keadaan di atas, aku pn mle r bersekolah.. 1st skolah aku kat Sek. Keb. Pedah... Dkt giler dgn umah aku.. Tiap2 ari balik jln kaki.. Pas 2, singgah kat kdai Pak Cik Abu beli air.. Aku igt lg, teh 'O' ais mmg mnjadi feveret aku.. Then, ais kepal n mcm2 lg r... Bnyk pngalaman aku kat sne.. Lum dicampur kne rotan dgn cikgu sekolah cm cikgu zamri, cikgu zulzaman, cikgu noraziah n mcm2 cikgu lg r... :). N yg paling aku igt mse skolah rendah ni, aku prnh bakar rambut dak pompuan... Nme dak 2 ~~~~~~, aku da lpe r... (Sori r kwn2.. :P).. Abis skolah rendah...

Masuk lak sekolah menengah... Sekoalah aku, Sek. Men. (A) Pulau Tawar.. Skolah ni juz sekolah harian bese yg de asrama.. Ha, time ni aku da de gmbr cz ayah aku belikan kamera digital utk aku... Tp syg, kamera 2 da ilang mse aku g holiday kat kuantan.. Hukhukhuk.. :'(..

Ni antara gmbr2 mse aku skolah menengah... :


Bnyk lg gmbr aku kat skolah menengah ni, nti aku upload lg ok... Kat sni, aku nk ucapkan time kasih bnyk2 kay ustaz n ustazah yg x penat ngajar aku dr form 1-form 5 (nasib bek result aku ok, kalo x nahas aku).. Hahaha.. :P.. Yg paling aku igt, cikgu Jai n ustaz Shukor.. 2 org cikgu ni r yg slalu rotan aku kalo aku x siap nota n hafal kalimah2 arab... Aduuuuy... Huhuhu.. :D. N ucapan utk cikgu2 len, "kalo cuti nti, sy akn dtg ke sekolah. Tp kne blanje pape yg ptut r".. Hahaha.. :P..

So, rsenya setakat ni dlu kwn n shbt2... :).. Kalo nk citer, mmg x muat post ni.. Hihihi..

Orait, we'll see in da next post k... See ya...

Selamat Hari Ibu




Dedikasi khas utk mak, Hjh. Sarimah Binti Hj. Harun... :)

Me.... Myself... and I

Orait... Skrg aku nk citer ttg aku... Bleh???
Cmfrm r bleh, page aku.... Huahuahua... :P




Nama : Muhamad Amir Afiq Bin Lokman
Nick : Afiq
Asal : Pahang
Tarikh lahir : 26/10/19#%
Tempat lahir : Hospital Mentakab, Pahang
Umo : cari kalo dpt.... Hehehe...
Posisi dlm famili : Ketua 'pasukan' (ank sulung)
Agama : Islam (Islam itu indah.. :D)
Keturunan : Melayu n rsenya x de cmpur mne2...
E-mel : mr_hopperz@yahoo.com


* Cukup r kot... Kalo lbey2, aku lak dpt mslh... Huhuhu.. :D

Pic ni aku amik mse kat Monash Uni, Aussie... :)

Kt mule dgn........???

Salam n selamat sumer shbt2 sekalian.... :)

Aku prefer, aku knlkn famili aku kat korg dlu ok??? Bru srnk..... (famili kne r didahulukan dlm pape hal kn....??? )


Ha, ni r gmbr famili aku.... Wat mse ni, gmbr ni yg terbaik.. Hehehe... :). Dari knn gmbr, ayahandaku a.k.a Hj. Lokman Bin Hj. Abdullah, aku, ibundaku a.k.a Hjh. Sarimah Bin Hj. Harun n kiri skali adalah adik aku a.k.a Muhamad Imran Hafifi Bin Hj. Lokman.....

Gmbr ni aku amik mse g umrah tahun 2005, sblm result SPM kuar... Best~~~~ Tp post akn dtg aku citer lebih lanjut ok???

Tp aku de sorg lg adik pompuan yg x sempat tgk dunia (semoga aqila ditempatkan di kalangan org soleh & solehah..... Amin)... Kalo adik pompuan aku a.k.a aqila masih idup, umur dia da 11 tahun... Da msuk darjah 5 lg... Hihihi... :)...

So, setakat ni dlu k... Korg knl2 r dgn famili aku ni... :)

Next post, aku gtau lg.... Bubbye.... (^_^)

09 May 2009

Nk Kenal???? (^_^)

Assalamualaikum shbt sekalian... :)

Arini (8/5/09-Jumaat), bermula hayat blog aku ni ha.... Hehehe.. :D.. Aku x pandai pn, tp bl tgk mmbr2 aku yg len de blog sendiri, aku pn berhajat nk wat...

So, ni r blog aku... Hihihi.. :D

Tp cm hampeh pn ade.. tp standard r bru mle, cm dak kecik bru nk mle berjalan r... Keh..keh..keh.... B)

So, tggu post aku yg berikutnya orait??? Bnyk yg aku nk share dg korg sume....

Bermula dr aku msih kecik hingga r aku 'besar' pnjg ni ha.... Tq 2 my ayah n mak.. Luv y'all so much... :D

So, tggu r.... X gheti2??? Keh..keh..keh... :)